Skip to main content

A'Famosa Resort & Cowboy Town

Alhamdulillah kesihatan anak-anak sudah pulih cuma parut-parut daripada cacar air itu yang masih kelihatan. Tiba masanya melunaskan janji yang tertunda kerana mereka kurang sihat. Kami bercuti di Melaka. Hmmm jangan tak percaya bercuti di dalam negara pun, kosnya tetap tinggi melambung juga. Kadang-kadang rasa lebih baik pergi bercuti di luar negara. Bandung ke, Hong Kong ke, Australia ke, Turki ke... oho besarnya angan-angan.

Kami dapat bilik penginapan percuma di A'Famosa Resort. Bersama-sama dengan tiket masuk ke Cowboy Town, Water World dan Animal World Safari. Terima kasih daun keladi kepada penaja. Tarikh luput semua tiket sehingga pertengahan bulan 8. Maka dengan ini diisytiharkan, anak-anak hanya akan ke Water World pada bulan 8. Insya Allah kalau tidak ada aral melintang. Sekarang kurang sesuai, baru sangat pulih. Faham-faham sahajalah air di situ macam mana. Takut terjadi mudarat pula.





Bilik penginapan di D'Savoy Condo, Tower 3, tingkat 10. Lokasinya sebelah kiri dari pintu gerbang masuk ke A'Famosa Resort. Sederhana. Ada dua buah katil saiz 'permaisuri' yang kemudiannya kami satukan.




Hari pertama, kami ke Cowboy Town. Waktu operasi Cowboy Town dari pukul 6:00 petang hingga 12:00 pagi. Sewaktu beratur di kaunter penembusan tiket, ternampak promosi Underwater World dan Haunted House.  Tayangan 4D selama 15 minit. Mula-mulanya memang Underwater World itu kelihatan menarik. Tidak ada sekatan umur atau ketinggian. Namun untuk menonton bayarannya adalah berasingan daripada harga tiket. Rasa tidak berbaloi pula harga tiketnya dengan masa tayangan, keputusan: reject!

Ini pintu masuk ke Cowboy Town.

Memang kami terkejut kerana tidak menyangka hampir kesemua aktiviti yang ada di Cowboy Town ini memerlukan bayaran tambahan. Ada Children Theme Park, Fun Fair, aktiviti menunggang dan memberi makan kuda padi, gajah dan menaiki kereta antik. Kesemuanya menuntut bayaran tambahan.



Beri makan kuda padi : RM5.00. Menunggang kuda padi : RM 10.00. Merasalah dua beradik itu menunggang kuda padi. Mula-mula takut, sampai menangis-nangis. Habis satu pusingan, hendak naik lagi. Lain kali, mungkin di tempat yang pula ya, kita cuba. Harga untuk menunggang gajah jauh lebih mahal lagi. Siapkan duit kalau berhajat ke sini.


Pertunjukkan kaum Red Indian bermula jam 8:30 malam. Karnival pula 9:15 malam dan diakhiri dengan pertunjukkan bunga api jam 10.00 malam.




Kami dapat tempat duduk barisan hadapan. Saya silap kerana menyangka anak-anak akan terhibur. Sebaliknya Abang Ngah tidak menunjukkan minat. Asyik mengajak balik rumah. Haru betul.



Gajah-gajah di A'famosa ini jauh lebih jinak berbanding di Kuala Gandah. Pandai minta makanan tetapi permintaannya menggunakan belalai itu menakutkan ramai orang. Sudah dilatih bergoyang-goyang apabila mendengar muzik. Sepanjang malam, ada sahaja yang datang berjaja, menjual pop corn, makanan ringan, makanan untuk haiwan, ais krim, seisi bergambar dan segala macam. Pokok pangkalnya, mesti ada duit! 






Pertunjukan diakhiri dengan percikan bunga api. Apa-apapun sebelum merancang ke Cowboy Town pastikan, keadaan cuaca baik. Tidak hujan. Jika tidak akan rasa lebih ralat kerana semua aktiviti ini akan dibatalkan. Masakan datang hanya untuk meninjau pekan ini sahajakan, tentulah tidak berbaloi. Perkara ini jelas dinyatakan pada tiket, wang anda tidak akan dipulangkan.

Sehabis pertunjukan, baru kami pergi menikmati makan malam di gerai di tepi jalan berdekatan dengan A'Famosa Resort. Bukan tidak ada restoran di dalam Cowboy Town tetapi berbalik semula kepada soal harga.

Jika ditanya pada anak-anak, apakah yang paling menyeronokkan? Jawapan mereka: Poney. Yeay! Mudah sikit buat perancangan lain kali, kita cari yang seangkatan dengan poney ya.

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu bawa pakaian banyak ke

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang